BM | EN | 中文

TUNKU ISMAIL DILANTIK PEMANGKU RAJA JOHOR

Tunku-Ismail-dilantik-Pemangku-Raja-Johor.jpg
Advertisement

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menandatangani surat lantikan sebagai Pemangku Raja Johor (Gambar Ehsan HRH Crown Prince of Johor)

JOHOR BAHRU, 11 OGOS: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim hari ini dilantik sebagai Pemangku Raja Johor.

Menurut Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersetuju melantik Tunku Ismail bagi jawatan berkenaan di mana majlis lantikannya berlangsung di Istana Pasir Pelangi.

Advertisement

“DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berkenan melantik DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja Johor pada 11 Ogos 2019 di Istana Pasir Pelangi.

“DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Allah Peliharakan Sultan,” menurut kiriman Facebook tersebut.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan majlis sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial berkenaan.

Advertisement

Turut kelihatan berangkat ke majlis itu ialah anakanda-anakanda baginda Sulttan Johor yang lain.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan.

Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

Advertisement

Baginda dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top