BM | EN | 中文

TUNKU IDRIS LAWAT PERSATUAN CEREBRAL PALSY JOHOR

IMG-20191011-WA0017.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkenan melawat Pusat Cerebral Palsy Johor baru-baru ini.

Menurut status yang dimuat naik di Facebook rasmi, The Royal Johor, lawatan tersebut adalah bersempena sambutan Hari Cerebral Palsy Sedunia (World Cerebral Palsy Day).

Tunku Idris sempat meluangkan masa beramah-mesra bersama kanak-kanak di pusat tersebut selain mengunjungi ruang pameran yang berlangsung di Dewan Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Advertisement

Hari Cerebral Palsy Sedunia tahun ini disambut pada 6 Oktober lalu, satu sambutan untuk memperingati dan menghargai mereka yang mempunyai Cerebral Palsy ini.

Ia juga disambut bagi tujuan untuk mempupuk kesedaran dikalangan masyarakat mengenai cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top