BM | EN | 中文

TUNKU ABU BAKAR DAN KERABAT DIRAJA PERAK TUNJUK BAKAT MAIN GITAR DI KONSERT AMAL

tunku-abu-bakar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT : Terkenal dengan minat beliau bermain gitar, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berkenan membuat persembahan pada Konsert Amal Ketulusan Hati di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau mendendangkan lagu berjudul “New Light” oleh John Mayer dan “Smoke On The Water” oleh Deep Purple.

Turut bersama Tunku Abu Bakar adalah Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Datuk Seri Ir Jamil Ariffin Sultan Idris Shah.

Advertisement

Konsert amal itu dianjurkan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi mengumpul dana bantuan pendidikan untuk pelajar Malaysia yang memerlukan.

Ia turut diserikan oleh artis popular tempatan, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top