BM | EN | 中文

Tun Salleh Abas meninggal dunia, jenazah selamat dikebumi pagi ini

tun-saleh-abas.jpg
Advertisement

KUALA TERENGGANU, 16 JAN: Bekas ketua hakim negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas pulang ke rahmatullah hari ini dalam usia 91 tahun.

Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu awal pagi tadi.

Anak allahyarham, Ahmad Johari Salleh memaklumkan hal ini pada hantaran di media sosial.

Advertisement

“Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohamed Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021.

“Semoga Allah mengampuninya dan meletakkan ruhnya di kalangan orang-orang yang beriman. Moga Allah kurniakannya jannatul firdaus,,” katanya.

Sebelum ini Mohamed Salleh mendapat rawatan di ICU selepas disahkan positif Covid-19.

Advertisement

Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, di Kuala Terengganu pukul 10.40 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan tersebut pada jam 10.15 pagi dan proses pengebumian dikendalikan kira-kira 10 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang lengkap berpakaian pelindung diri (PPE).

Ahli keluarga dan pihak media tidak dibenarkan untuk berada di dalam kawasan perkuburan tersebut.

Advertisement

Menantu Allahyarham, Wan Pauzi Yahya berkata Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Khamis lepas, setelah didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 3.20 pagi tadi, akibat pneumonia.

“Ketika berada di hospital, kami anak dan menantu masih dapat bercakap dengan Allahyarham dan beliau belum lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kami juga diberitahu Allahyarham mempunyai masalah pernafasan, tekanan darah rendah dan pelbagai masalah lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian, di Kuala Terengganu hari ini.

Wan Pauzi berkata bapa mertuanya itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan malam tadi.

Advertisement

Katanya, jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan kubur isteri pertamanya Allahyarhamah Toh Puan Azimah Mohd Ali yang meninggal dunia pada 2016, seperti yang pernah diwasiatkan Allahyarham.

Allahyarham Mohamed Salleh meninggalkan isteri Toh Puan Junaidah Wan Jusoh dan lima anak serta 26 cucu.

Pada 1984, Mohamed Salleh dilantik menjadi ‘Lord President’ (kini Ketua Hakim Negara) di Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan), sebelum dipecat semasa krisis Perlembagaan pada 1988.

Advertisement

Allahyarham juga merupakan seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Rukun Negara pada 1970.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada 1999, Allahyarham menang atas tiket PAS di Dewan Undangan Negeri Jertih, bagaimanapun atas faktor kesihatan Mohamed Salleh tidak bertanding pada PRU ke 11 pada 2004.

Dalam pada itu Wan Pauzi berkata, ahli keluarganya berharap agar mana-mana pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu mengambil inisiatif memelihara dokumen, termasuk buku-buku yang ditulisnya serta gambar-gambar peninggalan Allahyarham, dapat dijadikan khazanah untuk tatapan generasi akan datang.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top