BM | EN | 中文

Tun M ulang pendirian menolak kerjasama dengan UMNO

IMG-20200229-WA0001.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulang pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama politik dengan UMNO dalam membentuk kerajaan baharu.

Dr Mahathir membuat kenyataan tersebut berhubung laporan yang mengatakan sokongan beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya menentang kerjasama dengan mana-mana individu yang korup.

Advertisement

“Saya ingin maklumkan bahawa saya tidak pernah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyatakan sokongan kepada mana-mana individu.

“Saya meninggalkan mesyuarat (Bersatu) lebih awal bagi membolehkan mereka berdebat secara bebas untuk memilih calon yang dirasakan sesuai sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Tambah kenyataan itu, beliau turut memberitahu mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat dan menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri.

Advertisement

“Pagi ini saya sudah mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan yakin mempunyai jumlah sokongan mencukupi di dalam Dewan Rakyat.

“Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri. Perkara ini juga akan dimaklumkan kepada pihak Yang Di-Pertuan Agong,” tambah kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top