BM | EN | 中文

TUN M-“KALAU LETAK CALON UMNO LEBIH BAIK”

IMG-20191031-WA0030.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 31 OKT : Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau lebih berharap UMNO akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Harapan (PH) tetap yakin akan menang meskipun apa jua parti mana yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PRK tersebut.

Advertisement

“UMNO takut sebab saya tahu kalau dia letak (calon) akan kalah. Kita yakin kita boleh menang walaupun dia letak sesiapa saja.

“Kalau letak UMNO lebih baiklah, tetapi dia letak MCA,” katanya kepada media selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bin Chong, di sini, hari ini.

Turut hadir; Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Pengarah Jentera PH PRK Tanjung Piai dan calon PH, Karmaine Sardini.

Advertisement

Sebelum ini, Perdana Menteri pernah meminta UMNO meletakkan calonnya pada PRK yang dijadualkan pada 16 November ini.

Bagaimanapun, BN mengumumkan Ketua Bahagian MCA Tanjung Piai iaitu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, PH akan cuba menunaikan semua janji yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tanjung Piai sebelum ini iaitu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Advertisement

“Janji oleh calon parti lawan akan hanya tinggal janji kosong kerana mereka tiada kuasa untuk tunaikan janji. Hanya janji calon daripada parti kerajaan saja boleh ditunaikan,” katanya.

Dr Mahathir turut berkata, Karmaine akan sentiasa mendapat sokongan kerajaan sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.

“Saya yakin calon PH mampu tunaikan janjinya kerana beliau terkenal juga di kawasan ini dan khidmatnya tetap akan dapat sokongan penuh daripada kerajaan,” katanya.

Advertisement

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top