BM | EN | 中文

TUN M DIJANGKA MELAWAT JENAZAH AHLI PARLIMEN TANJUNG PIAI

Poster-Allahyarham-YB-Datuk-Wira-Dr-Farid.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 SEPT : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dijangka akan melawat jenazah Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Tanjung Piai itu, tengahari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

“Susulan dengan berita pemergian Allahyarham Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai, Menteri Besar akan menziarahi Almarhum pada tengah hari ini.

Advertisement

“Dijangkakan Tun Dr Mahathir juga akan menziarahi Almarhum dengan jangkaan ketibaan selepas waktu Zohor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Timbalan Naib Pengerusi Bersatu Tanjung Piai itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi di Hospital Pontian dipercayai akibat serangan jantung.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top