BM | EN | 中文

TUN M BAKAL RASMIKAN HARI PELADANG KEBANGSAAN 2019 DI JOHOR

Sambutan-Hari-Peladang-Penternak-dan-Nelayan-Kebangsaan-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 OGOS: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 yang akan diadakan di negeri ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim berkata, program tersebut akan berlangsung selama empat hari bermula 28 November di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Katanya, lebih 200 pempamer dan ruang jualan akan disediakan dengan enam kluster utama iaitu Makanan dan Minuman, Gaya Hidup, Kesejahteraan, Hasil Pertanian, Agro Teknologi dan Pembangunan Modal Insan.

Advertisement

“Enam kluster itu bakal mengetengahkan 15 komponen antaranya Anugerah HPPNK, Agro Teknologi, Agro Kulinari, Agro Pelancongan dan Agro Youth,” katanya pada sidang media ‘countdown’ 100 hari menjelang sambutan HPPNK di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan LPP, Salleh Kabul dan Pengarah LPP negeri Johor, Abdul Jalil Bukhairah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top