BM | EN | 中文

Tun Dr Mahathir dilantik Perdana Menteri Interim

IMG-20200224-WA0017.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 FEB : Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan baharu Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata,  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

“Justeru, selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang.

Petang tadi, portal akhbar tempatan melaporkan kenderaan dinaiki Dr Mahathir dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara pada jam 6.18 petang selepas 90 minit mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Advertisement

Difahamkan, tujuan Dr Mahathir menemui Yang di-Pertuan Agong dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa selepas beliau mengumumkan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top