BM | EN | 中文

Tumpuan aktiviti ekonomi terus berbeza antara negeri – Khazanah Research Institute

Khazanah-Research-Institute.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Walaupun struktur ekonomi Malaysia telah berkembang selama bertahun-tahun, tumpuan aktiviti ekonomi terus berbeza antara negeri, menurut dapatan Khazanah Research Institute (KRI).

Dalam penerbitan terkininya, “Work in an Evolving Malaysia: The State of Households 2020 Part II”, menunjukkan bahagian pekerjaan pertanian daripada jumlah pekerjaan telah merosot daripada 31.2 peratus pada 1982 kepada 10.2 peratus pada 2019, tetapi sektor itu kekal sebagai sumber penting kepada pekerjaan di negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

Bahagian pekerjaan pertanian daripada jumlah pekerjaan di Sabah sebanyak 26 peratus dan 20.8 peratus di Pahang pada 2019 — lebih tinggi daripada purata nasional.

Advertisement

Sementara itu, bahagian pekerjaan pembuatan daripada jumlah pekerjaan meningkat di semua negeri pada awal 1990-an, melonjak kepada 23.5 peratus daripada jumlah pekerjaan pada 2000.

Bagaimanapun, bahagiannya merosot kepada 17.8 peratus pada 2019 berikutan semua negeri beralih kepada sektor perkhidmatan secara berperingkat, walaupun negeri seperti Pulau Pinang dan Johor mempunyai bahagian pekerjaan pembuatan yang lebih tinggi berbanding yang lain, masing-masing sebanyak 37.1 peratus dan 25 peratus, pada 2019.

Penyelidik KRI, Siti Aiysyah Tumin berkata senario ini mungkin disebabkan aktiviti ekonomi di beberapa negeri dan kecenderungan untuk memanfaatkan pekerjaan pembuatan yang lebih tinggi bagi menambah nilai.

Advertisement

“Oleh itu, dari segi pekerjaan dalam perkhidmatan moden, misalnya, atau dalam pembuatan berteknologi tinggi, ia cenderung untuk memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang lebih maju.

“Apabila sub-sektor ini berkembang, mereka mengambil pekerja yang lebih mahir,” katanya pada sesi taklimat media secara maya mengenai dapatan itu hari ini.

Bahagian pekerjaan sektor perkhidmatan sebanyak 62.9 peratus daripada jumlah pekerjaan pada 2019.

Advertisement

Sementara itu, antara 2009 dan 2019, perkhidmatan tradisional, seperti borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, meningkat daripada 34.8 peratus daripada jumlah pekerjaan kepada 40.3 peratus.

Pekerjaan dalam perkhidmatan moden seperti kewangan, maklumat dan komunikasi, serta perkhidmatan profesional merosot 1.2 mata peratusan dalam tempoh sama, daripada 8.0 peratus daripada jumlah pekerjaan kepada 6.8 peratus.

Perkhidmatan moden, yang lazimnya mencatatkan gaji yang lebih tinggi daripada purata berbanding kebanyakan sektor lain, biasanya di wilayah tengah — Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya — dengan purata bahagian pekerjaan kira-kira 15 peratus daripada jumlah pekerjaan.

Advertisement

Sebaliknya, pekerjaan perkhidmatan di negeri lain berkembang lebih banyak dalam perkhidmatan tradisional.

Walaupun peralihan kepada perkhidmatan menawarkan banyak peluang pekerjaan, pekerjaan dalam perkhidmatan tradisional pada amnya memberikan gaji yang lebih rendah dan cenderung menawarkan pekerjaan yang tidak tetap dan tidak standard berbanding perkhidmatan moden.

Selain itu, pekerjaan dalam perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan pentadbiran awam susut sebanyak 1.4 mata peratusan di seluruh Malaysia, daripada 17.2 peratus daripada jumlah pekerjaan pada 2009 kepada 15.8 peratus pada 2019.

Advertisement

Menurut laporan itu, penurunan tersebut mewujudkan kebimbangan berikutan perkhidmatan ini bukan sahaja penting untuk kesejahteraan rakyat, tetapi juga cenderung untuk mengambil pekerja mahir, menawarkan pekerjaan yang stabil dan gaji yang lebih baik.

Ia turut menunjukkan bahawa pekerjaan yang mudah terjejas — pekerja yang bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji — meningkat.

Di wilayah tengah, hampir 80 peratus daripada pekerja mempunyai pekerjaan yang bergaji dengan hubungan majikan-pekerja yang stabil, tetapi pekerjaan yang mudah terjejas meningkat dalam beberapa tahun ini,

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top