BM | EN | 中文

Tumpu soal kemaslahatan rakyat akan tarik sokongan kepada Perikatan Nasional – Dr Sahruddin

PN.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 MAC: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menumpukan soal kemaslahatan rakyat dan kurang berpolitik dilihat menjadi penarik wakil rakyat pembangkang untuk menukar sokongan mereka kepada PN

Menurut Setiausaha PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, faktor ketelusan serta integriti kerajaan PN juga mungkin menjadi penyumbang kepada situasi itu.

Saya rasa lebih ramai ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang melihat kerajaan PN ini lebih telus.

Advertisement

“Jadi kita serahkan kepada mereka untuk menilai kerajaan PN yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Kesihatan Negeri Johor, di sini semalam.

Dr Sahruddin dilaporkan Bernama berkata demikian mengulas dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan PN kini sedang bergelut untuk membeli dan mengugut ahli parlimen sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Ahad lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata menerima akuan bersumpah daripada dua ahli Parlimen PKR taitu Steven Choong Shiau yoon (Tebrao dan Larry Sng Wei Shien (Julau) yang menyatakan sokongan kepada PN.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top