BM | EN | 中文

Tumpu pemulihan ekonomi Johor

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, dalam keadaan ekonomi Johor yang semakin parah, pilihan mengadakan darurat akan lebih memberikan kesan.

Sebaliknya kata Dr Zuhan, kerajaan negeri Johor perlu memberi tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi agar ia kembali kepada landasan asal.

“Kita dalam proses pemulihan ekonomi. Mengapa kita harus bertindak dengan membawa cadangan peruntukan darurat.

Advertisement

“Negara sekarang sedang ‘sakit’. Seharusnya bukan kita bertindak lebih parahkan lagi situasi yang berlaku.

“Pelabur mana yang berani untuk melabur dalam negara yang berhadapan dengan darurat? Inilah perkara yang perlu dititikberatkan.

“Johor adalah negeri yang sedang mengharapkan pelaburan masuk ke dalam negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menempelak tindakan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan gagal dalam mengawal gelombang ketiga Covid 19 di negara ini.

“Sikap ‘double standard’, tidak cakna, Menteri Kesihatan yang tidak bertanggungjawab adalah punca kegagalan kerajaan Muhyiddin sehingga penularan Covid 19 ini tidak terkawal hari ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top