BM | EN | 中文

Tumpu isu rakyat, bukan PRU – Amanah Johor

hamid-jamah-Amanah-Johor.png

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Abdul Hamid Jamah

Advertisement

BATU PAHAT, 30 SEPT: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menegur pihak yang hanya sibuk memikirkan untuk mengadakan pilihanraya umum (PRU) dalam masa terdekat.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Abdul Hamid Jamah berkata kerajaan seharusnya menumpukan permasalahan rakyat bukan hanya memikirkan soal mahu membubarkan parlimen bagi mengadakan PRU.

Katanya, kerajaan tidak perlu sibuk dan bertelagah kerana fokus utama adalah isu ekonomi pasca Covid-19 yang melanda negara.

Advertisement

“Mengapa sibuk sangat nak bubarkan parlimen? Bukankah nasib rakyat semakin terdesak dengan ekonomi mereka yang runtuh hari ini?

“Saya ingin menegur sesetengah pihak yang sibuk bercerita soal PRU dalam keadaan rakyat terus dilanda kejatuhan ekonomi diri.

“Kalau mahu cerita soal mandat rakyat, mereka (Perikatan Nasional – PN) sendiri yang merampas hak rakyat tersebut,” kata Hamid ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menempelak pihak yang menjadi ‘batu api’ mencanang soal PRU selepas kemenangan GRS pada PRN Sabah, antaranya melalui kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Hamid Pas seolah-olah menjual nasib rakyat demi memuaskan nafsu politik mereka yang berkeinginan mencatur kuasa semata.

“Pas jangan sibuk hal PRU. Lebih baik beliau (Tuan Ibrahim) selesaikan dulu masalah air di Kelantan. Itu lebih mulia dari mahu mencatur kuasa.

Advertisement

“Mereka pun bukan bertanding di Sabah. Jadi usahlah ‘lebih sudu dari kuah’ serta mahu menjadi pengadu domba untuk mengadakan PRU dalam keadaan kes Covid 19 semakin meningkat semula.

“Jangan gadaikan nasib rakyat. Selesaikan dahulu masalah yang dihadapi sebelum memikirkan untuk membubarkan parlimen serta mengadakan PRU,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top