BM | EN | 中文

“Tumpu agenda kebajikan, pergolakan politik jangan mangsakan rakyat” – PH Johor

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

JOHOR BAHRU, 5 OGOS: Pakatan Harapan (PH) Johor akan terus memberikan tumpuan kepada agenda kebajikan dan ekonomi rakyat.

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, PH Johor berkata, Adun gabungan itu di negeri ini berpendirian, agenda kebajikan dan ekonomi rakyat
hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.

“PH Johor berpendirian, pergolakan politik tidak boleh memangsakan nasib rakyat terbanyak,” menurut kenyatan tersebut.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi Amanah negeri Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong.

Pendirikan itu dinyatakan dipercayai berikutan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini yang goyah lantaran tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menyokong calon pro Tun Dr Mahathir dari parti bebas pada piihanraya kecil Slim, Perak.

Lanjutan itu, Osman akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin Bersatu dan Adun Kempas itu diberi masa seminggu untuk menjawab.

Dalam keadaan lain, sekiranya Osman memilih untuk keluar parti dan menjadi Adun Bebas, kerusi pada sidang DUN negeri itu akan tergantung.

Ia akan menyebabkan jumlah kerusi diperoleh PH dengan Perikatan Nasional (PN) terikat kepada 28 kerusi.

Dalam pada tambah PH Johor, isu ‘bread and butter’ di kalangan rakyat tidak boleh dikompromi khususnya saat berdepan fasa sukar akibat pandemik Covid-19.

Namun gabungan itu mendedahkan telah beberapa kali mengajukan permohonan untuk bertemu mata dengan YAB Menteri Besar bagi mengetengahkan isu ini tetapi masih belum mendapat sebarang respon yang positif.

“Seluruh jentera kerajaan dan wakil-wakil rakyat mesti digembleng tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan juga kepartian,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top