BM | EN | 中文

Tumpahan bahan kimia di Sungai Sengkang mungkin disengajakan – JAS Johor

Tumpahan-bahan-kimia-di-Sungai-Sengkang-mungkin-disengajakan-JAS-Johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUL: Tumpahan bahan kimia yang menyebabkan pencemaran di Sungai Sengkang dekat Kulai semalam, dipercayai dibuang dengan sengaja oleh individu tidak bertanggungjawab, kata Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan.

Beliau berkata analisis sebaran dan aliran bahan kimia serta pemantauan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) mendapati tiada tong IBC (intermediate bulk container) yang pecah di kawasan itu.

Hasil pemeriksaan menyeluruh di kawasan itu sebaliknya menemui 116 tong-tong IBC yang berisi pelbagai campuran bahan kimia berasaskan asid dan alkali dalam keadaan pepejal dan cecair.

Advertisement

Katanya terdapat satu kawasan tumpahan bahan kimia berwarna kehitaman dan mempunyai bau kurang menyenangkan yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran di sungai terlibat.

“JASNJ telah mengenal pasti pemilik tanah dan penyewa tanah tersebut. Satu arahan lapangan telah dikeluarkan supaya pihak penyewa dapat membuat kerja-kerja tebatan aliran alur air dan seterusnya melaksanakan kerja-kerja pembersihan di premis itu.

“JASNJ dengan bantuan Ranhill SAJ, Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor telah memantau sungai-sungai yang disyaki tercemar, selain melakukan Iangkah pengawalan seperti menggunakan ‘oil boom’, ‘absorbent pad’ dan dispersant jenis Zeolite supaya aliran bahan kimia yang terlepas daripada kawasan premis dapat dikawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata tindakan terhadap pesalah adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Semalam, satu operasi bersepadu kerja-kerja pembersihan melibatkan hampir 40 anggota agensi terlibat seperti Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAJ, BAKAJ dan JPS dilakukan susulan satu laporan berkaitan tumpahan bahan kimia pagi semalam.

Dua wanita dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah, dipercayai terhidu tumpahan bahan kimia daripada sebuah tangki di stor penyimpanan yang mengalir ke sungai berdekatan rumah mereka di Jalan Besar Kampung Baru, Sengkang di Kulai.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top