BM | EN | 中文

Tular video pemuda bakar suar, bawa kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Johor

banner-kerajaan-gagal.png
Advertisement

BATU PAHAT, 13 MEI: Hari ini tular video dan gambar memaparkan sekumpulan pemuda membakar suar dan membawa kain rentang tertulis perkataan ‘Kerajaan Gagal’ di laman media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku malam tadi, di pekan Parit Raja, kira-kira 20 km dari pusat bandar Batu Pahat berdasarkan video dan gambar yang terpapar dalam kiriman yang turut tersebar melalui aplikasi Whatsapp.

Selain itu, kiriman turut menunjukkan kain rentang dipasang di salah satu jejantas di Jalan Kluang, tidak jauh dari kawasan sekumpulan pemuda itu dipercayai berkumpul.

Advertisement

Dalam video sama, kumpulan pemuda tersebut yang turut bermotosikal, membunyikan kenderaan dengan kuat, membakar mercun selain berhenti di tengah-tengah persimpangan jalan.

Turut dinyatakan dalam kiriman tersebut ayat “Di tengah-tengah jalan di lampu merah pekan Parit Raja malam tadi selepas pukul 12 malam”.

Sehingga kini tiada kenyataan dari pihak berkuasa mahupun penahanan dibuat.

Advertisement

Terdahulu, minggu lalu turut tular di laman media sosial kain rentang tertulis perkataan ‘Kerajaan Gagal’ dipercayai di Pontian, yang tersebar melalui kumpulan Facebook tempatan daerah itu.

Dalam komen-komen warganet pada kiriman tersebut, rata-ratanya menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan isu semasa selain kesempitan dan kesukaran hidup susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top