BM | EN | 中文

Tular sesi pembelajaran dihentikan gara-gara bumbung sekolah bocor, kelas banjir

rasman-lawatan-1.jpg

Rasman (kiri) ketika melakukan lawatan ke SK Sempang Sedili Besar susulan tular sesi pembelajaran terpaksa dihentikan disebabkan bumbung bocor dan kelas di masuki air, semalam.

KOTA TINGGI, 12 FEB : Tular sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Sempang Sedili Besar di sini yang terpaksa dihentikan susulan hujan lebat sehingga menyebabkan bumbung bocor dan kelas di masuki air, semalam.

ADUN Sedili, Rasman Ithnain berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu dari Facebook yang telah ditularkan semalam.

Tular sesi pembelajaran di SK Sempang Sedili Besar yang terpaksa dihentikan susulan hujan lebat sehingga menyebabkan bumbung bocor dan kelas di masuki air, semalam.

Menurutnya, berikutan itu beliau mengadakan lawatan bersama penghulu dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan beberapa ahli jawatankuasa kampung berkenaan ke sekolah tersebut, hari ini.

Katanya, beliau difahamkan keadaan hujan telah menyebabkan titisan air agak kuat dan berlaku sedikit banjir dengan kedudukan kawasan sekolah agak rendah mencepatkan lagi berlaku banjir.

“Isu ini pihak saya tidak dimaklumkan. Sebelum ini peruntukan dimohon tidak libatkan bumbung. Saya difahamkan pihak sekolah telah banyak kali membuat permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Namun mungkin PPD tidak mempunyai peruntukan yang cukup.

“Masalah lain di sekolah ini yang dimaklumkan kepada saya sebelum ini telah pun saya ambil tindakan. Bagaimanapun kita tidak mahu cari salah sesiapa yang penting ambil tindakan dalam hal ini. Insya-ALLAH saya akan dapatkan peruntukan baik pulih bumbung di mana saya akan minta terus kepada Menteri Besar dan kementerian,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Johorkini selepas melakukan lawatan ke sekolah tersebut, hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook rakaman video dan kenyataan mendakwa sehingga kini tiada tindakan diambil susulan masalah yang berlaku di sekolah berkenaan.

Kenyataan itu juga memohon wakil rakyat mensuarakan hal itu kepada pihak yang berkenaan agar masalah dan kekurangan SK Sempang Sedili Besar dapat diatasi segera.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top