BM | EN | 中文

Tular motosikal terbakar, lelaki Orang Asli dapat bantuan YaPIEM Johor

Tular-motosikal-terbakar-lelaki-Orang-Asli-dapat-bantuan-YaPIEM-Johor.png

Pengurus Negeri YaPEIM Johor, Tajul Arriffin Harun menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian antaranya minyak, beras, tepung dan gula yang dianggarkan berjumlah RM 100 kepada Amran Ronggi, 29, sekeluarga di rumah mereka di Perkampungan Orang Asli Kualai Masai, semalam. Turut kelihatan isteri Amran, Anna Hud dan anak-anak mereka Mohamad Amran,10,(tengah) Sharul Amran,7, dan Irol Amran sebulan tiga hari (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Kisah sedih seorang lelaki Orang Asli yang tular di media sosial apabila motosikal yang dinaiki bersama dua anaknya terbakar di Plaza Tol Senai di sini, Isnin lalu ketika dalam perjalanan menguruskan permohonan Baitulmal mendapat perhatian Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengurus YaPEIM Johor Tajul Ariffin Harun berkata pihaknya turun padang ke Kampung Orang Asli Kuala Masai, di sini semalam bagi memberi sumbangan kepada Amran Ronggi, 29, dan keluarganya selepas mengetahui kejadian tersebut melalui media sosial.

“Sumbangan ini dalam bentuk barangan keperluan asas harian seperti minyak masak, beras, tepung, gula dan lain-lain,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Sementara itu Amran mengucapkan terima kasih dan tidak dapat menahan sebak terhadap keprihatinan YaPEIM memberikan sumbangan yang disifatkan sangat bermakna buatnya yang kesempitan hidup.

Amran yang bekerja sebagai nelayan berkata dia sudah lama tidak turun ke laut ekoran pandemik COVID-19 menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga semakin terhimpit sehingga dia terpaksa memohon bantuan Baitulmal.

“Dua hari lepas saya bersama dua anak lelaki, Mohamad, 10, dan Sharul, 7, dalam perjalanan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor Bahru untuk buat pendaftaran surat beranak tiga daripada empat anak bagi memohon bantuan Baitumal.

Advertisement

“Dalam perjalanan, salah seorang anak beritahu kakinya terasa panas, saya kemudian berhenti memeriksa motosikal dan mendapati ia sedang terbakar. Mujur anggota polis di sana membantu, tetapi motosikal dah terbakar sepenuhnya dan tidak boleh dibaiki. Hanya boleh dijual sebagai besi buruk sahaja,” katanya sebak.

Sejak September 2019 hingga November tahun ini, YaPEIM Johor telah menyalurkan sumbangan kepada 7,160 keluarga daripada golongan tidak berkemampuan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top