BM | EN | 中文

Tular:Jangkitan Covid-19 di Angsana Mall tidak benar

IMG-20200305-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MAC: Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan tular tentang Angsana Mall, di sini di media sosial yang diarahkan untuk dikosongkan berikutan terdapat dua orang pekerja di situ telah dijangkiti Covid-19.

Menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor memaklumkan berita tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Orang awam diminta tidak menyebarkan viral tidak sahih ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.

Advertisement

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Ia memperuntukan hukuman  denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya kenyataan itu.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top