BM | EN | 中文

TULAR GAMBAR KILANG TERBAKAR, POLIS SAHKAN 12 CEDERA

kebakaran.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 9 DIS : Tular kejadian sebuah kilang di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini yang didakwa berlaku insiden letupan dan terbakar sehingga mengakibatkan beberapa orang cedera.

 

Facebook Community Roda Johor (CRJ) berkongsi gambar kejadian yang mana status berkenaan mendapat lebih 100 perkongsian dari nitizen.

Advertisement

 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada jam 9.21 sehingga jam 9.27 pagi.

 

Advertisement

Menurutnya, insiden kebakaran berkenaan berjaya dipadamkan sepenuhnya unit kebakaran kilang tersebut.

 

“Akibat kejadian itu seramai 12 pekerja sedang melakukan penyelenggaraan mengalami kecederaan melecur di bahagian badan.

Advertisement

 

“Dua diantaranya masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail dan empat orang di Hospital Penawar, Pasir Gudang.

 

Advertisement

“Sementara enam orang lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Penawar Pasir Gudang. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,”katanya dalam satu kenyataan.

 

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahya Madis berkata, kebakaran berkenaan melibatkan tong solvent di luar kilang dan tidak melibatkan struktur kilang.

Advertisement

 

“Tindakan pemadaman dilakukan oleh pihak pasukan respons kecemasan (ERT) kilang tanpa menghubungi bomba,”katanya.

 

Advertisement

JohorKini

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top