BM | EN | 中文

Tular gajah berkeliaran di gerai jual buah

IMG-20200208-WA0029.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 9 FEB : Tular di laman Facebook seekor gajah berkeliaran di Batu 6, Jalan Mawai di sini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, siasatan pihaknya mendapati seekor gajah jantan telah muncul dikawasan berhampiran gerai menjual buah-buahan di Batu 6, Jalan Kota Tinggi-Mersing.

Katanya, haiwan berkenaan muncul di kawasan berhampiran dengan Pejabat Renjer Hutan Kota Tinggi pada jam antara 10 malam hingga 11 malam, Khamis lalu.

Advertisement

“Gajah tersebut dilihat berlegar-legar di kawasan kedai tersebut yang masih beroperasi pada ketika itu. Kesan gajah dilihat menghala ke arah Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang terletak berhampiran.

“Untuk makluman, kawasan tersebut diterangi lampu jalan dari Hutan Lipur Panti-Simpang Tiga Perani.

“Terdapat papan amaran lintasan hidupan liar yang dipasang di lokasi berhampiran bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya tentang kehadiran hidupan liar,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambah beliau, kawasan berkenaan merupakan antara kawasan lintasan gajah yang aktif.

Jelasnya, pengguna jalan raya dinasihati untuk meningkatkan kewaspadaan semasa memandu terutamanya di kawasan gelap bagi mengurangkan risiko kemalangan melibatkan hidupan liar terutamanya gajah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top