BM | EN | 中文

TULAR BANJIR BESAR DI KOTA TINGGI BAKAL BERULANG?

Pegawai-Daerah-Kota-Tinggi-Farizal-Ismail.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 15 DIS : Masyarakat di daerah ini diminta untuk mendoakan kesejahteraan Kota Tinggi berbanding mentularkan perkara yang boleh menimbulkan kegusaran dikalangan penduduk.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail berkata, sebagai manusia kita tidak boleh membuat telahan tentang apa yang bakal berlaku.

“Kita tidak boleh buat telahan benda ini. Ini kuasa Allah (kita) tidak boleh nak cakap. Ada viral kata bunyi meriam semua. Itu cakap-cakap kosong sahajalah kita pun tidak tahu. Kita harap-harap tidak berlaku.

Advertisement

“Di peringkat daerah kita bersedia dengan apa juga keadaan. Sekarang yang menjadi tumpuan adalah kawasan di Sedili. Tetapi jika terlibat banjir di bandar kita akan gerakkan aset ke bandar,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengiringi Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil, hari ini.

Terdahulu, tular status seorang pengguna Facebook berbunyi ‘dentuman amaran meriam misteri telah bergema dengan kuatnya sama ada dari arah Gunung Panti atau Johor Lama.. bermakna persiapkalah diri..

Advertisement

Keratan status seorang pengguna Facebook yang tular di kumpulan WhatsApp

‘Hujan kasar turun tanpa henti.. berlindunglah.. bersiap sedialah membantu dipusat-pusat banjir.. Bandar Kota Tinggi bakal tenggelam lagi andai begini lagunya.. Ya Allah.. lindungilah kami jauhkanlah diri kami dari bencana dan malapetaka’

Keratan status berkenaan yang dimuatnaik semalam turut tular dalam kumpulan WhatsApp.

Farizal berkata masyarakat sepatutnya berdoa agar bencana banjir yang berlaku di daerah ini tamat dengan segera dan bukannya menularkan perkara itu.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau memaklumkan cuaca hujan lebat dijangka akan melanda Kota Tinggi pada 25 Disember ini oleh demikian penduduk terlibat perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia.

“Penduduk perlu bersiap sedia awal dengan situasi banjir. Jangan bila pihak berwajib arah untuk berpindah baru nak kemas barang. Mereka yang duduk di kawasan berisiko boleh kemas barang siap-siap dan bersedia dalam apa juga keadaan.

“Pihak kita akan aturkan kenderaan untuk berpindah jika tidak cukup peringkat negeri akan bantu. Apa yang penting mangsa daftar di PPS (Pusat Pemindahan Sementara),” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top