BM | EN | 中文

Tukar pegawai rasuah, bukan ‘bunuh’ kontraktor – Adun Senggarang

Khairuddin-Abdul-Rahim-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 11 FEB: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, tindakan tegas perlu diambil keatas pegawai serta kakitangan kerajaan yang didapati rasuah dalam isu pemilihan kerja kepada kontraktor.

Beliau tidak menafikan bahawa terdapat penjawat awam yang terlibat dalam mengambil wang rasuah, komisen, keuntungan pelaburan dalam syarikat yang dikurniakan projek.

Katanya, terdapat banyak salah laku membabitkan kakitangan awam akibat kelemahan pemantauan oleh kerajaan hari ini.

Advertisement

“Sesetengah pegawai kerajaan dengan beraninya mewujudkan kartel-kartel yang mengatur kerja-kerja perolehan kerajaan sama ada melalui rundingan atau tawaran tender yang diatur terlebih dahulu oleh mereka.

“Dengan bantuan antara kawan mereka sesama penjawat, mereka mempunyai lebih kemudahan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Syarikat kontraktor pembinaan dan pembekalan hanya menjadi tunggangan dengan beberapa peratusan tawaran komisen.

“Begitulah apabila segala kebejatan yang berlaku semakin terang dan ada golongan penjawat lain pula yang mencadangkan bahawa adalah lebih baik sistem penswastaan diperkenalkan.

Advertisement

“Dengan justifikasi mendakwa pihak swasta boleh memberi kualiti kerja lebih baik berbanding sistem perolehan kerajaan sedia ada yang korup maka di sinilah mula wujudnya sistem pelantikan syarikat-syarikat konsesi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khairuddin perkara itu seolah dibiarkan tanpa sebarang tindakan disiplin terhadap pegawai-pegawai tersebut.

Katanya lagi, perkara itu menyebabkan kepincangan semakin berleluasa sehingga menutup peluang kontraktor baharu mahu pun bertaraf kecil untuk mendapatkan kerja sedangkan mereka layak.

Advertisement

“Apabila urusan beralih kepada syarikat swasta atau konsesi maka bermulalah permasalahan baharu yang lebih rumit seperti syarikat-syarikat kecil terus tertindas dan kewujudan kartel yang baru.

“Manipulasi kerja semakin ganas dan ‘redundant’ berlaku dalam jabatan-jabatan yang dikonsesikan tugas-tugasnya. Semuanya berhujung dengan kenaikan kos pembelanjaan kerajaan dan kos tersebut akhirnya perlu ditanggung oleh pembayar cukai.

“Dengan menggunakan alasan masalah yang berlaku, mereka mencipta masalah lain pula yang melarat tanpa kesudahan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top