BM | EN | 中文

Tukang perabot di Johor Bahru didakwa bunuh bekas isteri

tukul-hakim-Mahkamah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUL: Seorang tukang perabot dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh bekas isterinya, Rabu lepas.

Tertuduh, Oh King Zee, 33, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom, namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Oh yang mempunyai dua anak didakwa membunuh Goh Jing Pei, 27, di Taman Ehsan Jaya, di sini, pada kira-kira pukul 6.00 pagi, 15 Julai lepas.

Advertisement

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi manakala tertuduh diwakili peguam Yap Che Kai.

Mahkamah menetapkan 6 Sept depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, kimia dan perubatan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top