BM | EN | 中文

Tukang masak miliki item berkaitan Daesh dipenjara tiga tahun

daesh.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 APR: Tukang masak sebuah hotel di Singapura dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas enam kesalahan memiliki item-item yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Item-item itu terdiri daripada sehelai bendera kumpulan Daesh, empat buah buku, dua buah telefon bimbit dan dua jenis kad Micro SD jenama SanDisk Ultra 16 GB dan 32 GB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Mohd. Firdaus Kamal Intdzam, 34, selepas rakyat tempatan itu mengaku bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan.

Advertisement

Beliau memutuskan demikian selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh dan rayuan yang dikemukakannya selain mempertimbang faktor keberatan kes seperti yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula daripada tarikh tangkapan pada 5 Ogos tahun lalu.

Hakim Collin turut mengarahkan beberapa item yang terlibat dalam kes itu dilucut hak kepada kerajaan.

Advertisement

Mohd. Firdaus mengaku melakukan keenam-enam kesalahan itu pukul 10.40 pagi, 5 Ogos tahun lalu di kawasan pemeriksaan Kementerian Kesihatan Malaysia di pekarangan laluan bas masuk Balai Ketibaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan boleh dilucuthak mana-mana item berkenaan.

Mohd. Firdaus yang tidak diwakili peguam mengemukakan rayuan agar dia dikenakan hukuman seringan-ringannya bermula tarikh tangkapan atas alasan dia anak pertama dan mempunyai tanggungan.

Advertisement

Bagaimanapun, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd. Rahman dan Sarah Khalilah Abd. Rahman mencadangkan tertuduh dipenjara di antara tiga atau empat tahun bagi setiap pertuduhan berdasarkan trend kes-kes terdahulu.

Pendakwa raya menghujahkan, mahkamah perlu mengambil kira notis kehakiman berhubung peningkatan kes-kes berkaitan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini seiring perluasan kuasa kumpulan pengganas Daesh dan sekutunya seperti kumpulan Ajnab Al-Syam di Timur Tengah.

Menurut fakta kes, tukang masak itu ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kesalahan keselamatan ketika pulang ke negara ini melalui Balai Ketibaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Johor Bahru.

Advertisement

Item-item yang dirampas iaitu bendera berwarna hitam mempunyai logo Daesh, empat buah buku antaranya bertajuk `Fiqh Al-Harakh: Dari Sirah Nabawiyyah’ berkait rapat dengan kefahaman kumpulan pengganas Daesh.

Fakta kes juga menyatakan, laporan pakar terhadap lambang pada bendera yang dirampas itu mengesahkan tertuduh memberi sokongan penuh kepada Daesh dan mempunyai pertalian secara langsung dengan kumpulan itu.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top