BM | EN | 中文

Tujuh warganegara China ditahan terlibat Macau Scam

dzulhairi-01-scaled.jpg

Dzulkhairi Mukhtar (tengah) menunjukkan antara barang yang dirampas menerusi Op Pelican.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 JAN : Tujuh warganegara China ditahan polis Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes penipuan ‘Macau Scam’ di kawasan ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang ditahan berusia antara 20-an hingga 30-an.

Katanya, Op Pelican itu dijalankan pihaknya pada jam 3.30 petang selepas dua minggu risikan dibuat.

Advertisement

“Selain tangkapan, polis turut merampas lapan komputer riba, lapan telefon bimbit dan empat router.

“Kesemua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan kini dikenakan reman selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dzulkhairi turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Advertisement

“Sekiranya masih berasa ragu, orang ramai dinasihati untuk merujuk ke balai polis berhampiran,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top