BM | EN | 中文

Tujuh PPV di hospital swasta di Johor beroperasi mulai 1 Jun

R.-Vidyananthan-Johor.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 MEI: Sebanyak tujuh Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) akan terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh Johor bermula 1 Jun ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata is melibatkan empat PPVHS di daerah Johor Bahru dan masing-masing satu PPVHS di daerah Kluang, Batu Pahat dan Muar.

“PPVHS di hospital swasta ini akan memberikan sebanyak 250 hingga 1,000 dos seminggu bagi vaksin COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik swasta atau dikenali sebagai Pusat Pemberian Vaksin General Practitioner (PPVGP) pula telah bertambah sebanyak enam sejak 5 Mei lepas iaitu lima PPVGP di daerah Johor Bahru dan satu di Batu Pahat.

“Pertambahan lima klinik swasta ini menjadikan sebanyak 43 PPVGP beroperasi di seluruh negeri ini terlibat dengan program imunisasi itu. PPVGP di klinik swasta ini akan memberi 36 hingga 90 dos seminggu vaksin COVID-19, bagaimanapun dos ini bergantung kepada pilihan kapasiti klinik masing-masing,” katanya.

Menurut Vidyananthan, pengamal perubatan swasta di bawah kendalian ProtectHealth yang terlibat dengan program itu dilarang untuk mendapatkan senarai nama penerima vaksin dengan mengikiankan dalam media sosial atau aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp, kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

ProtectHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak berasaskan keuntungan. la menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti diamanahkan oleh KKM.

Sementara itu, Vidyananthan berkata setakat ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah menyediakan 26 lokasi PPV iaitu enam di daerah Johor Bahru diikuti daerah Kota Tinggi dan Mersing masing-masing tiga PPV serta daerah Batu Pahat, Kluang, Muar, Pontian, Segamat, Kulai dan Tangkak masing-masing dua PPV.

Johor merekodkan 549 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini sebanyak 56,231 kes dengan 246 kematian dicatatkan.

Advertisement

Setakat semalam, Johor mencatatkan 96 kluster aktif COVID-19 melibatkan 44 kluster komuniti, 30 kluster industri, 15 kluster institusi, empat kluster tahanan, dua kluster pasar raya dan satu kluster import.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top