BM | EN | 中文

TUJUH MENARA KOMUNIKASI BAKAL DIBINA DI TANJUNG PIAI

dzulkefly-ahmad.jpg

Dzulkefly menandatangani buku lawatan di Pusat Media, dekat Stadium Mini Pontian

Advertisement

PONTIAN, 15 NOV: Melalui Pelan Pembangunan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 2019 – 2023, tujuh menara komunikasi baharu bakal dibina di kawasan Tanjung Piai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad berkata, lima menara komunikasi yang bakal dibina terletak di kawasan DUN Kukup dan dua di DUN Pekan Nenas.

“Pembinaan menara komunikasi bertujuan meningkatkan kelajuan internet pada kelajuan minimum iaitu 30 megabait persaat bagi kawasan yang berkependudukan,” katanya pada sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Pontian petang tadi,

Advertisement

Tambah Dzulkefly melalui NFCP, perancangan bagi meningkatkan kelajuan internet pada kadar 500 megabait persaat bagi ibu negeri dan kawasan berimpak tinggi menjelang 2021.

“Usaha kerajaan meningkatkan liputan kelajuan internet ini selari dengan cabaran menghadapi Revolusi 4.0 dan ledakan teknologi digital yang berlaku di seluruh dunia”

“Sistem kelajuan internet tinggi dan meluas menjelang 2023 merupakan usaha Johor dalam mengekalkan negeri penerima pelaburan asing paling tinggi dalam negara.

Advertisement

“Tambahan lagi, Johor merupakan penyumbang ketiga tertinggi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Nasional,” kata Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top