BM | EN | 中文

TUJUH LANGKAH TINGKAT KUALITI ALAM SEKITAR DI PASIR GUDANG

IMG-20191119-WA0007.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 19 NOV: Kerajaan mencadangkan tujuh langkah utama untuk memperbaiki kawalan kualiti alam sekitar di Pasir Gudang, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (MESTECC), Yeo Bee Yin.

Menurutnya, kerajaan mengambil perhatian serius terhadap isu pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim serta insiden gangguan kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang pada awal dan pertengahan tahun ini.

Advertisement

“Pertama, suspek insiden Sungai Kim Kim telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada 24 Mac 2019.

“Perbicaraan empat orang yang disaman tersebut akan diteruskan pada 3 Disember 2019,” katanya pada sidang media di Bangunan Datuk Muhammad Jaafar, di sini, hari ini.

Langkah kedua katanya, tinjauan telah dijalankan ke atas industri berasaskan bahan kimia di Pasir Gudang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dengan kerjasasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Advertisement

Manakala, langkah ketiga adalah melipatgandakan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar.

“Semenjak insiden Sungai Kim Kim sehingga kini, sebanyak 314 kompaun dikeluarkan atas kesalahan yang dibuat dan sebanyak tujuh kertas siasatan telah dibuka.

“Selain itu, lebih 250 notis arahan dikeluarkan JAS Johor di bawah Seksyen 37 bagi industri yang mempunyai pelepasan ke udara.

Advertisement

“Sebanyak 76 kertas siasatan telah dibuka dan dilengkapkan dan JAS dalam perbincangan dengan pendakwaraya (AGC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya lagi, selain itu, JAS akan membuka cawangan di Pasir Gudang dan program sekolah angkat oleh industri (PROSPAG) akan dilaksanakan.

“Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan RM 17.7 juta bagi meningkat keupayaan pemantauan kualiti udara di kawasan industri seluruh Malaysia, termasuk di Pasir Gudang selain Kajian Analisa Beban dan Kapasiti Tampungan oleh pakar alam sekitar dan ahli akademik.

Advertisement

“Pencemaran di Pasir Gudang dan Sungai Kim Kim telah lama berlaku. Kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi jangka masa pendek dan panjang.

“Kita membuat cadangan dan kerajaan negeri akan meneliti. Susulan dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya lagi..

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri komited untuk bekerjasama bersama kerajaan pusat, agensi dan pemain industri untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Advertisement

“Kawasan di Pasir Gudang menang kawasan perindusrian. Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan pencemaran.

“Kerajaan negeri dan pusat akan membuat penambahbaikan agar kejadian sama tidak berlaku lagi,” katanya.

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 yang berlaku pada Mac 2019 yang berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim

Advertisement

Pembuangan haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 penduduk.

Kira-kira 2,775 menerima rawatan yang kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah, manakala 10 sekolah ditutup di sepanjang sungai tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top