BM | EN | 中文

Tujuh kes curi motosikal selesai dengan penahanan tiga lelaki

Ashmon-e1571634128511.jpg

"Semasa pihak polis membuat rondaan, telah temui sekumpulan remaja sedang leka berbual-bual. Menyedari kehadiran pihak polis, ketiga remaja telah melarikan diri dan bersembunyi" - Ahsmon Bajah

Advertisement

KOTA TINGGI, 20 FEB: Polis Kota Tinggi berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian motosikal di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek lelaki dalam dua serbuan sekitar jam 10 hingga 11.15 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, tangkapan dilakukan oleh pasukan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi diketuai Inspektor P Devendiran

“Melalui dua serbuan itu iaitu di Felda Bukit Aping dan Felda Bukit Waha, pihak polis berjaya menangkap tiga lelaki warga tempatan lingkungan umur 22 hingga 31 tahun.

Advertisement

“Pihak polis juga berjaya merampas dua buah motosikal curi berjenama Yamaha.

“Siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau di mana lima adalah kesalahan jenayah dan enam jenayah narkotik,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, modus operandi yang dilakukan ketiga-tiga suspek ialah mencuri motosikal yang tidak dilengkapi kunci keselamatan tambahan.

Advertisement

Suspek kemudian bertindak meleraikan kompenan motosikal untuk dijual manakala rangkanya dibuang ke sungai.

“Semua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk sisatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top