BM | EN | 中文

Tujuh individu leka berhibur dicekup di Pontian

Tujuh-individu-leka-berhibur-dicekup-di-Pontian.jpg

Gambar Ehsan FB Komuniti Johor

Advertisement

PONTIAN, 19 DIS: Keseronokan tujuh individu yang leka berhibur di sebuah rumah tumpangan di Jalan Bakek, dekat Pontian terbantut apabila ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh berkata dalam serbuan pada 9.47 malam itu, kesemua yang ditahan melibatkan lima lelaki dan dua wanita berumur 40 hingga 60 tahun.

Beliau berkata ketika serbuan, kesemua mereka didapati sedang berhibur dengan muzik kuat dan lampu malap sambil meminum minuman keras dalam keadaan pintu berkunci.

Advertisement

“Polis kemudiannya bertindak memecahkan pintu premis selepas semua pengunjung cuba melarikan diri ke belakang premis.

“Pelbagai peralatan untuk berparti dirampas termasuk pembesar suara, dua mikrofon, cakera padat, resit cetakan rumah tumpangan serta wang tunai RM200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemilik premis berkenaan ditahan kerana menjalankan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan.

Advertisement

Kesemua yang ditahan itu dikompaun RM1,000 mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top