BM | EN | 中文

Tujuh Ikhtiar Makmur Johor dialu-alukan

Dzulkefly-Ahmad-Kota-Iskandar.jpg

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUN: Usaha kerajaan Johor memperkenalkan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor bagi memulihkan ekonomi negeri pasca Covid-19  dialu-alukan.

Perkara itu dinyatakan Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad yang berkata sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan Johor untuk mengemukakan pelan pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Katanya, mengikut perangkaan pakar ekonomi, akan berlakunya kemelesetan ekonomi selepas Covid-19 termasuk dari Bank Dunia yang menyatakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dianggarkan pada kadar negatif 0.1 peratus.

Advertisement

“Tujuh Ikhtiar Makmur Johor tersebut adalah penubuhan ‘Ibrahim Johor Economic Council (IJEC)’, Johor Digital Masterplan, Pembangunan Segitiga Singapura-Johor-Riau (SIJORI), Johor Investment Company (JICO) dan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030.

“Saya juga mengucapkan syabas kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor kerana bersikap terbuka dalam meneruskan dasar-dasar dan program yang dilaksanakan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor khususnya yang memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat Johor.

“Saya juga mengharapkan semoga dnegan perlaksanaan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor ini, negeri Johor akan dapat mengharungi fasa kemelesetan ekonomi ini dengan jayanya,” katanya.

Advertisement

Kerajaan negeri pada 14 Jun mengumumkan inisiatif Tujuh Ikhtiar Makmur Johor sebagai perancangan pemulihan ekonomi negeri pasca penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor berkata, semasa di bawah pemerintahan PH Johor, mereka telah meluluskan beberapa perancangan memperkasakan Teknologi Digital dan Ekonomi Digital.

Katanya lagi, perkara itu telah menjadi sebagai Titik Fokus (TF) dalam Belanjawan Johor 2020 yang juga turut menjadi ukuran kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia pada waktu itu.

Advertisement

“Antara TF yang kita sasarkan adalah Pelan Halatuju Strategik Johor Bestari khususnya dalam penerokaan ekonomi baharu iaitu Ekonomi Digital yang dijangka akan menjadi salah satu daripada penyumbang utama kepada KDNK dalam masa terdekat.

“Penubuhan Majlis Jawatankuasa Telekomunikasi dan Multimedia Johor sebagai platform kerajaan dan pemain industri. Jawatankuasa induk Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Johor khusus bagi memastikan perlaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

“Penubuhan Pusat Pemantauan dan Arahan Negeri Johor sebagai peranan mempercepatkan Kerajaan Negeri membuat keputusan dalam suasana bencana manakala yang terakhir adalah membangunkan Living Lab Smart Farming yang memfokus kepada Revolusi Industri 4.0 dalam bidang pertanian,” jelasnya lagi.

Advertisement

Tambahnya, Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 dicetuskan oleh kerajaan PH dan bila ianya diadaptasikan oleh kerajaan PN Johor, proses penambahbaikan boleh dilakukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top