BM | EN | 中文

Tujuh Adun Johor PH hantar surat kepada MB, gesa gubal enakmen anti lompat parti

Tujuh-Adun-Johor-PH-hantar-surat-kepada-MB-gesa-gubal-enakmen-anti-lompat-parti.jpg

ISKANDAR PUTERI, 23 DIS: Tujuh Adun Pakatan Harapan Johor menghantar surat kepada menteri besar dan mencadangkan penggubalan enakmen anti lompat parti oleh kerajaan negeri.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan tujuh Adun berkenaan demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi.

Mereka terdiri daripada Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Tan Chen Choon (Jementah), Andrew Chen Kah Eng (Stulang), Chew Peck Choo, (Yong Peng), Sheikh Omar (Paloh), Liow Cai Tung (Johor Jaya) dan Chew Chong Sin (Mengkibol).

Surat itu dihantar mendesak Menteri Besar Johor segera menggubal rang undang-undang Enakmen Anti Lompat agar ia dibentang dan diluluskan di persidangan DUN Johor yang akan datang.

“Mengikut Notis Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang akan diadakan pada 6 Jan. 2022 yang diterima, soalan dan rundingan tidak diterima, maka, tujuh orang Adun Johor menghantar surat cadangan ini berhubung penggubalan enakmen anti lompat parti hari ini,” menurut kenyataan itu.

Tambah mereka, enakmen anti lompat parti boleh digubal kerajaan negeri dan dibentang di persidangan DUN akan datang, dan Adun Pakatan Harapan akan memberi sokongan terhadap pembentangan RUU enakmen berkenaan.

“Kerajaan Persekutuan dan PH telah memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September 2021, yang merangkumi enam aspek, termasuk penggubalan Akta Anti Lompat.

“Kerajaan Persekutuan dan parti pembangkang telah bersetuju untuk menggubal Akta Anti Lompat, walaupun ia masih belum sempat dibentang dan diluluskan secara rasmi di Parlimen.

“Kami menyeru Kerajaan Persekutuan membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan secepat mungkin, selaras dengan keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Kami berharap kerajaan negeri boleh membentangkan Rang Undang-undang Anti Lompat ini di persidangan DUN yang akan datang, sokongan akan kami (ADUN Pakatan Harapan) berikan, supaya dapat berkuatkuasa sebelum pembubaran DUN Johor dan pilihan raya negeri dijalankan,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top