BM | EN | 中文

“Tujuan PKP untuk had pergerakan, tapi masalahnya lokasi PPV sangat jauh” – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 6 JUN: “Daripada ribuan kenderaan pergi dan balik, adalah lebih baik jika Kementerian Kesihatan membuat perancangan, mengatur kenderaan untuk mengambil stok vaksin dari jauh, dan mengumpulkan pendaftar untuk satu sesi khas suntikan setiap minggu”

Demikian kenyataan Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, menjelaskan ramai di kalangan pendaftar vaksin terpaksa merentas daerah untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.

“Dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ke Kluang, perjalanan pergi balik 220 km. Dari Simpang Renggam ke Kluang, perjalanan pergi dan balik 60km.

Advertisement

“Dari Yong Peng pergi balik ke Batu Pahat 60 km, Labis ke Segamat, Pperjalanan pergi dan balik 60 km dan Gemas Baru ke Taman Yayasan, perjalanan pergi dan balik 50 km.

“Lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada tidak seharusnya terlalu jauh, Klinik Kesihatan, Klinik Desa, atau Klinik Komuniti bawah kerajaan boleh digunakan untuk mengatur sesi khas vaksinasi,” katanya.

Ujarnya, tujuan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) adalah untuk mengurangkan pergerakan orang dan kenderaan.

Advertisement

Tambah beliau lagi, edaran aksin Astra Zeneca (AZ) di Johor Bahru boleh dibahagi kepada klinik-klinik dalam setiap daerah, dan sesi khas vaksinasi boleh diatur

“Vaksin AZ diedarkan oleh kerajaan pusat ke setiap negeri dengan tujuannya sendiri untuk diagihkan dan memudahkan rakyat, dan ia perlulah diagihkan ke setiap daerah.

“Temujanji dan jumlah kuantiti dos telah pun dikenalpasti. Ianya bukanlah satu masalah matematik, tetapi hanyalah sebuah kerja penyelarasan pentabiran yang mudah.

Advertisement

“Doktor dan jururawat vaksinasi boleh melakukannya, kerana ia bukanlah sebuah pembedahan yang sukar,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top