BM | EN | 中文

“Tuduhan saya keluar parti dibuat kerana kerajaan PN tersepit” – Salahuddin Ayub

Salahuddin-Ayub-2.jpg

JOHOR BAHRU, 19 OGOS : Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau bersama-sama lima lagi ahli parlimen dari Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan untuk keluar parti dan bersama-sama dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah berkata, masih lagi Ahli Parlimen Pulai dan Timbalan Presiden Amanah.

Katanya ketika lawatan ke rumah pangsapuri Desa Kempas hari ini, beliau akan setia dengan perjuangan serta tidak akan mengkhianati mandat rakyat di kawasan Pulai.

“Itu yang saya rasa. Macam mana begitu hebat kami berenam ini dan saya pula yang dikatakan mengetuai Parti Amanah untuk keluar beramai-ramai menyertai PN.

“Saya masih lagi Timbalan Presiden dan tidak akan mengkhianati mandat rakyat. Saya masih disini berjuang untuk anda.

“Saya Salahuddin Ayub akan memenuhi mandat rakyat kepada rakyat. Saya tidak akan menyeberang dan begitu juga rakan-rakan saya yang lain.

“Mereka pun akan mengambil langkah seperti saya. Ini adalah usaha-usaha terdesak yang terpaksa mereka lakukan kerana sebelum ini terdapat undian di Dewan Rakyat yang memperlihatkan PN mempunyai majoriti tipis.

“Dua kali undian dibuat hasilnya tetap sama dengan majoriti yang terlalu tipis,” tegasnya.

Ketika ditanya beliau memaklumkan terdapat tawaran dari PN agar beliau mengambil langkah meninggalkan Amanah, namun perkara itu tidak diendahkan oleh beliau.

Selain itu kata Salahuddin, namanya turut disebut untuk membuat langkah menyeberang ke PN untuk kawawan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor namun beliau menafikan.

“Itu pun sama. Kali ini tuduhan saya mengetuai untuk Adun-Adun di Johor lompat masuk ke PN. Itu semua saya nafikan.

“Mereka buat itu untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka ada nombor (jumlah) majoriti yang buat sementara ini selesa. Majoriti di sini (Johor) pun terlalu tipis.

“Perkara ini belum terbukti di mana DUN Johor masih belum memanggil untuk bersidang. Selepas titah Diraja tempoh hari sampai sekarang DUN masih tidak panggil untuk bersidang,” tegasnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top