BM | EN | 中文

Tuduhan “kluster mahkamah” desak campur tangan, Mahiaddin perlu buktikan

muhyiddin_perikatan-nasional.jpg

Gambar Ehsan The Malay Mail

Advertisement

MUAR, 5 OGOS: Kenyataan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin berhubung “kluster mahkamah dari parti Umno yang mendesak beliau campur tangan dalam urusan mahkamah mereka perlu dibuktikan.

Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata, kenyataan PM itu akan dilihat sebagai tidak berasas sekiranya tidak disertakan bukti kukuh.

“Kena buktikan siapakah orangnya dan apakah benar urusan campur tangan tersebut boleh dilakukan sekiranya beliau (Mahiaddin) bersetuju.

Advertisement

“Sekiranya kenyataan tersebut tidak disertakan bukti yang kukuh ia seperti tuduhan liar.

“Sekiranya berlaku perkara ini boleh dipanjangkan dan sebarkan kepada umum agar ia menjadi suatu bukti membenarkan kata-kata beliau (Mahiaddin),” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mendesak agar Mahiaddin membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana ia melanggar bidang kuasa kehakiman.

Advertisement

“Ia suatu dakwaan yang serius. Perkara ini tidak boleh didiamkan.

“Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku beliau (Mahiaddin) perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Ia melanggar etika dan perlembagaan negara di mana kuasa kehakiman perlu bebas tanpa campur tangan mana-mana kuasa.

Advertisement

“Jika semua perkara ini tidak dibuat, ternyata Mahiaddin hanya menuduh tanpa ada sebarang bukti kukuh.

“Jelas Mahiaddin hanya mengeluarkan kenyataan untuk menyelamatkan dirinya sahaja,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top