BM | EN | 中文

“Tuduh orang lain zalim, Zahid seharusnya cermin diri”

zahid-hamidi.jpg

Zahid Hamidi (Gambar Ehsan benarnews.org)

Advertisement

MUAR, 13 MEI: “Kami tak sanggup nak kata Umno selama ini zalim sehingga mampu mengeluarkan kenyataan bahawa Allah memakbulkan doa mereka,”

Nor Hayati Bachok

Begitulah luahan Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Negeri Johor, Nor Hayati Bachok yang kecewa dengan dakwaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang menuduh Pakatan Harapan (PH) menzalimi rakyat sehingga Allah memakbulkan doanya.

Hayati berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu jelas menuduh tanpa ada sebarang bukti yang kukuh berkenaan kezaliman yang dimaksudkan.

Advertisement

Malah sepatutnya Presiden Umno itu melihat di dalam cermin dan bertanya tentang bagaimana pentadbiran Barisan Nasional yang pernah diterajui oleh Umno.

“Seharusnya beliau (Zahid) menyemak semula kenyataannya serta cerminlah dirinya sendiri bagaimana pemerintahan Umno selama ini, adakah zalim atau tidak kepada rakyat sebelum menuduh kepada orang lain.

“Lebih menyedihkan kenyataan itu dikeluarkan pada bulan mulia umat Islam (Ramadan) dan beliau (Zahid) seperti tidak bersalah menghukum orang lain sedemikian rupa.

Advertisement

“Sifat menghukum sesama manusia ini berleluasa pada hari ini sehingga mereka tergamak menuduh PH zalim sepanjang pemerintahan hampir dua tahun,” katanya.

Zaaba Ibrahim

Mengulas perkara sama, Asatizah AMANAH Negeri Johor, Zaaba Ibrahim berkata Zahid bukanlah sesiapa untuk menyatakan berkenaan dengan permakbulan doa.

Katanya, Zahid tidak perlu mengambil tempat Tuhan untuk mengesahkan doa tersebut makbul atau tidak.

Advertisement

“Sekiranya ada doa pun, dia (Zahid) bukan Tuhan yang boleh menentukan penerimaan doa seseorang. Siapa dia yang tahu akan makbulnya doa seseorang itu.

“Kuasa Allah bukan mudah untuk ditafsir seperti mana yang beliau lakukan, ini jelas menyatakan bahawa Zahid cuba mengambil alih tempat Tuhan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya harap beliau tarik semula kenyataan tersebut. Kerana ia akan menjerumuskan manusia lain yang percaya kenyataannya itu ke lembah kesesatan akan soal makbul doa atau tidak,” tegasnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top