BM | EN | 中文

TUDM dapat Panglima baru

ackbal.jpg

Ackbal memberi tabik hormat kepada perbarisan kehormat pada Majlis Istiadat Perbarisan Serah Terima Jawatan Panglima Tentera Udara dan Upacara Kenaikan Pangkat Panglima Tentera Udara Ke-19

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad telah dilantik sebagai Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang ke-19 berkuat kuasa hari ini.

Ackbal menggantikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang melalui pembarisan serah terima jawatan Panglima Tentara Udara di Pangkalan Subang dengan penuh istiadat ketenteraan.

Menurut laman facebook rasmi Tentera Udara DiRaja Malaysia, istiadat serah terima jawatan disusuli dengan penyerahan ‘tonggak kuasa’ sebagai simbolik serah kuasa.

Advertisement

“Simbolik yang menunjukkan secara rasminya Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dilantik sebagai Panglima Tentera Udara ke-19.

“Seramai 23 orang pegawai dan 420 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Nazlan Shah terlibat dalam perbarisan ini,” kata laman berkenaan.

Menurut laman itu lagi, istiadat perbarisan turut melibatkan 3 buah pesawat helikopter TUDM jenis EC-725 AP.

Advertisement

“Pesawat dan helikopter ini digunakan untuk terbang lintas serta membuat formasi penerbangan di akhir istiadat perbarisan semasa tabik hormat yang diterima oleh Panglima Angkatan Tentera,” kata laman berkenaan itu lagi

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top