BM | EN | 中文

Tuan Ibrahim digesa henti beri jawapan tidak cerdik

Azhar-Ismail-Ledang.jpg
Advertisement

LEDANG, 11 APR: Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man disaran berhenti daripada berkata dari terus mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik, kata ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu kata Azhar tidak ada nilai tambah yang baik kepada dirinya.

“Tidak ada apa yang positif terhadap rakyat dari kenyataan tersebut apatah lagi ke atas dirinya sendiri. Makin menunjukkan dirinya seorang yang tidak tahu apa-apa.

Advertisement

“Lebih baik berfikir sebelum berkata. Kalau tidak tahu lebih baik diam sahaja.

“Ini isu teknikal. Jangan sebarangan menyebutkan sesuatu perkara tanpa asas,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Azhar turut membidas kenyataan Tuan Ibrahim yang memaklumkan bahawa Malaysia tidak diundang ke sidang tersebut kerana tidak termasuk dalam kategori terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

Advertisement

Jelasnya, kenyataan Tuan Ibrahim seperti memperlekehkan nasib mangsa banjir dan mereka yang terjejas dalam negara ini ketika musim perubahan iklim berlaku.

“Lebih baik diam dari mengeluarkan kenyataan. Apabila dia (Tuan Ibrahim) mengeluarkan kenyataan tersebut ia mengabsahkan bahawa mangsa banjir seperti di Johor hujung tahun lepas (2020) seperti tidak teruk terjejas.

“Ini menandakan fenomena banjir luar biasa di sesetengah kawasan termasuk negeri parlimennya Kelantan adalah suatu musibah yang biasa.

Advertisement

“Apa garis ukur yang dikatakan Malaysia bukan negara yang terjejas teruk dengan perubahan iklim? Beliau perlu perjelaskan dengan lebih teliti,” tegasnya lagi.

Bulan lalu, satu kajian daripada sekumpulan universiti UK meramalkan penarafan kredit Malaysia menjadi antara yang paling teruk terjejas kerana perubahan iklim.

Terdahulu, Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sebab Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) kerana tidak terjejas teruk dengan perubahan iklim.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top