BM | EN | 中文

Trend peningkatan harga barangan, kerajaan perlu kawal

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 8 APR: Harga barangan runcit dikesan berlaku peningkatan akibat kenaikan harga bahan bakar sejak Disember lalu.

Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Faizul Salleh berkata, trend yang membimbangkan perlu diambil perhatian dan kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik dalam usaha mengawal harga barangan.

Katanya, barangan runcit yang rata-ratanya mulai meningkat mendadak dilihat tanpa pemantauan dari pihak kerajaan.

Advertisement

“Kerajaan perlu sedar trend ini dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, pengawalan perlu dibuat bagi mengimbangi kenaikan yang akan membebankan rakyat.

“Setakat ini kerajaan seperti tidak maklum dengan keadaan yang berlaku dan ia dilihat seperti terbiar tanpa sebarang perhatian.

“Berulang kali orang ramai suarakan keresahan ini dan boleh dikatakan setiap hari perkara itu dibangkitkan namun tidak diambil perhatian oleh pihak kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Tambah Faizul, selain berdepan masalah ekonomi, rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang.

Katanya, kaedah yang perlu difikirkan kerajaan antaranya memberikan subsidi bagi barangan keperluan harian agar dapat mengimbangi kenaikan.

“Selain subsidi kerajaan juga perlu membuat pemantauan lebih kerap, khususnya barangan runcit di pasaran.

Advertisement

“Pembabitan orang tengah menyusun harga barangan juga menjadi punca utama kenaikan.

“Kerajaan juga perlu bertegas dalam memerangi peranan orang tengah tersebut.

“Ini bagi memastikan harga barangan runcit ini dapat dikawal serta berpatutan dalam situasi ekonomi rakyat yang mencabar hari ini,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top