BM | EN | 中文

Trek basikal dalam kebun tarikan baharu Selangor Fruit Valley

Trek-basikal-dalam-kebun-tarikan-baharu-Selangor-Fruit-Valley.png
Advertisement

SHAH ALAM, 9 JAN: Trek berbasikal sepanjang enam kilometer antara tarikan baharu di Selangor Fruit Valley (SFV).

Pengurus Pemasaran Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata laluan di kawasan kebun SFV itu mula dibuka pada 1 Januari lalu.

“Penunggang basikal yang ingin rasai pengalaman berbasikal di dalam ladang dengan panorama menarik dijemput ke SFV, aktiviti ini juga sesuai untuk seisi keluarga.

Advertisement

“Tiket RM10 dikenakan untuk kanak-kanak, manakala RM15 bagi dewasa dengan percuma buah potong dan air kelapa,” katanya, lapor SelangorKini.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top