BM | EN | 中文

Trak vaksin bergerak buat peniaga, pekerja di pasar minggu hadapan

covid-19-vaksin.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Golongan peniaga dan pekerja di pasar borong, pasar harian dan penjaja, bakal menerima vaksin menerusi program Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah mulai minggu hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, golongan tersebut adalah antara individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19 walaupun dalam tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

“Walaupun kes pasar borong mencecah ratusan kes, tetapi operasinya tidak boleh dihentikan. Oleh itu mereka ini akan disenaraikan dalam siri kedua program itu untuk diberikan vaksin melalui trak bergerak, yang yang akan terus ke lokasi,” katanya, kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di Perumahan Awam (PA) Seri Johor di sini hari ini.

Advertisement

Kira-kira 600 penduduk di PA berkenaan terutamanya golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU), menerima suntikan vaksin menerusi program itu.

Annuar berkata, program itu adalah antara beberapa inisiatif dilakukan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan, dengan memfokuskan pemberian vaksin kepada rakyat bagi mencapai imuniti kelompok dalam kadar segera.

“Mulai 15 Jun ini, kita menetapkan sasaran 30,000 hingga 33,000 suntikan sehari berbanding 7,000 hingga 10,000 suntikan sehari di Kuala Lumpur, sebagai usaha mencapai sasaran 80 peratus telah divaksin menjelang 31 Ogos ini: katanya.

Advertisement

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai menerusi pertambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega, selain PPV di klinik dan hospital swasta serta vaksinasi melalui trak bergerak.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top