BM | EN | 中文

Tradisi setiap Ramadan, Amanah Johor edar bubur lambuk

edar-bubur-lambuk-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai, program tradisi parti itu bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, selain kepada orang ramai, bubur lambuk turut diedarkan kepada petugas hadapan antaranya seperti kakitangan kesihatan dan pasukan keselamatan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau hujan sepanjang program ini berlangsung.

Advertisement

“Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama dengan baik khususnya penduduk di Flat Ledang Bandar Baru Uda.

“Kita juga telah menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk diagihkan kepada kakitangan mereka selain ke ibu pejabat Polis Johor Bahru.

“Saya juga berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada jentera Parti Amanah Johor kerana turut sama membantu sejak semalam menyiapkan juadah bubur lambuk ini,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Dalam pada itu pengarah program, Serudin Soud berkata, program edaran bubur adalah bagi menyemarakkan budaya yang selama ini wujud di negara ini.

Katanya lagi, tradisi yang dijalankan ini mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia.

“Ini adalah cara kita menghidupkan budaya atau tradisi di negara ini yang berjalan sudah sekian lama dan kita rasa gembira untuk mengekalkannya.

Advertisement

“Selain itu ia mengeratkan hubungan antara sesama manusia tanpa mengira latar belakang. Ini adalah usaha kita untuk bersama masyarakat,” katanya.

Turut bersama dalam program itu ialah ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Pengerusi Parti Amanah Johor, Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda Parti Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman selain pimpinan Amanah negeri dan kawasan dari seluruh Johor.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top