BM | EN | 中文

TOYORA CAMRY 90 PERATUS TERBAKAR SELEPAS TERBABAS DALAM KEMALANGAN

camry-accident.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV : Seorang pemandu terselamat apabila kereta jenis Toyota Camry dinaiki terbakar selepas terbabas di Felda Moakil, pagi kelmarin.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Nazrul Hafizi Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama lima anggota dengan sebuah jentera.

“Sebaik sampai di lokasi didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang telah terbakar sebanyak 90 peratus akibat kemalangan jalan raya.

Advertisement

“Kenderaan dari arah Bukit Kepong ke Felda Moakil itu difahamkan telah terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar dan telah dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 3.52 pagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top