BM | EN | 中文

TownHall Undi 18 anjuran kerajaan Selangor tarik minat belia dalam politik

Program-TownHall-Undi-18.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 16 NOV: Inisiatif kerajaan Selangor mengadakan program TownHall Undi 18 merupakan langkah tepat untuk mengubah landskap politik membabitkan golongan belia seluruh negara khususnya di Selangor.

Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) berkata kajian dilakukan bersama Universiti Selangor (UNISEL) mendapati sebanyak 72.4 peratus daripada 1,226 belia di Selangor tidak berminat mengikuti perkembangan politik.

Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman memaklumkan kajian terhadap responden belia berusia 18 hingga 20 tahun mendapati kebanyakan mereka tidak berminat kerana tiada pendedahan tentang perkembangan politik dan bosan dengan tingkah laku orang politik.

Advertisement

“Kebanyakan mereka tidak tahu apa itu politik dan konteks yang diambil Khairuddin (EXCO generasi muda) merupakan sesuatu yang cukup positif mengetahui apa sebenarnya supaya boleh mengambil langkah proaktif.

“Kita boleh memberi pendedahan perkembangan politik kepada mereka dan dengan cara ini dapat menanam minat sekurang-kurangnya untuk keluar mengundi apabila diberikan peluang,”katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program TownHall Undi 18 Wacana Pemicuan Unid 18 Selangor di Dewan Jubli Perak, Sabtu lalu.

Advertisement

Terdahulu program yang dihadiri Exco Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman itu dirasmikan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Redzuan yang juga Naib Canselor UNISEL memaklumkan kajian mendapati 63.3 peratus responden menyokong pelaksanaan undi 18 dan majoriti daripada mereka akan keluar mengundi.

Kajian berhubung minat belia berusia 18 hingga 20 tahun terhadap perkembangan politik dilakukan bermula 6 hingga 9 November.

Advertisement

Ia melibatkan 1,226 responden di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilakukan secara bersemuka selain melibatkan semua bangsa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top