BM | EN | 中文

Tourism Selangor, Malaysia kerjasama secara dalam talian promosi produk pelancongan negeri

pusing-selangor-dulu-tourism.jpeg
Advertisement

SHAH ALAM, 30 SEPT : Tourism Selangor dan Tourism Malaysia Bahagian Domestik bekerjasama secara dalam talian bagi mempromosi produk pelancongan kepada penggiat industri setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamed berkata promosi menerusi siri webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” itu bermula sejak Jun lalu sehingga Rabu.

Menurutnya inisiatif antara usaha mempromosi pelancongan domestik Selangor seiring dengan budaya norma baharu iaitu menjelajah secara maya ke Malaysia Timur dalam masa terdekat.

Advertisement

“Sesi webinar hari ini bertepatan dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021 yang mana kita turut melancarkan kempen menerusi media sosial rasmi bertujuan menampilkan Selangor sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia.

“Penting untuk mengekalkan hubungan baik antara Tourism Selangor dan Tourism Malaysia Domestik bagi membangunkan semula industri yang sangat terkesan dengan pandemik global yang semakin hampir ke fasa endemik ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Azrul Shah berkata sesi webinar itu sedang giat dijalankan di semua landasan digital Tourism Selangor iaitu laman sesawang www.selangor.travel, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan TikTok.

Advertisement

Pada masa sama, beliau menggalakkan orang awam berkongsi pengalaman menarik masing-masing dalam menerokai tempat pelancongan Selangor dengan memuat turun gambar dan video di media sosial beserta tanda pagar #PusingSelangorDulu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top