BM | EN | 中文

Tourism Selangor lancar kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu”

pusing-selangor-dulu-juliana-evans.png

Sebanyak 43 penggiat industri pelancongan yang terdiri daripada pihak hotel, operator taman tema dan pengusaha rumah inap berlesen turut serta bagi program penebusan subsidi baucar pelancongan kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’. Duta Kempen, Juliana Evans bersama gegantung promosi kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 17 DIS: Tourism Selangor melancarkan kempen pelancongan domestik ‘Pusing Selangor Dulu’ untuk menggalak rakyat melancong ke negeri itu.

Kempen dirasmikan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, selain turut memperkenalkan aktres Juliana Evans sebagai duta pelancongan Selangor.

Amirudin Shari berkata pihaknya memberikan fokus dalam usaha menarik pengunjung domestik menerusi pelancongan eko, agro, sukan, taman tema dan beli-belah.

Advertisement

“Melalui keunikan jaringan sembilan daerah di Selangor, pelbagai pengalaman unik tersedia untuk pelancong,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau turut berkongsi enam segmen yang menarik di negeri ini iaitu:

Alam semulajadi – Sky Mirror Kuala Selangor, Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM), Taman Alam Kuala Selangor, Taman Eko Rimba Kanching dan Bukit Broga.

Advertisement

Sukan ekstrem – Rakit redah jeram dan luncur udara di Kuala Kubu Bharu dan Gua Damai Ektreme Park

Inap desa dan agro – Sungai Haji Dorani Homestay, Sungai Sireh Homestay, Selangor Fruit Valley dan Banghuris Homestay.

Warisan dan budaya – Program Royal Klang Town Heritage Walk dan Istana Bandar, Bukit Malawati dan Jugra.

Advertisement

Taman tema – Sunway Lagoon, Kidzania, Bangi Wonderland, Jumpstreet Asia, i-City dan District 21.

Membeli-belah – Mitsui Outlet Park, Sunway Piramid, GM Klang, One Utama, The Curve dan SACC Mall.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top