BM | EN | 中文

Tourism Johor perlu terajui pulih industri, adakan ujian kendiri dua kali seminggu

liow-cai-tung.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 OKT: Tourism Johor diseru mengambil peranan memimpin, menyelaras dan menyokong industri pelancongan negeri Johor bagi mempercepatkan pemulihan dan pembinaan semula industri tersebut.

Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, memandangkan situasi penularan jangkitan Covid-19 semakin pulih, semua negeri dan wilayah persekutuan telah beralih dan berada di fasa 3 dan fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bermula 18 Oktober.

Justeru itu kata Cai Tung, kerajaan negeri dan Tourism Johor perlu memimpin pengendali pelancongan untuk menjalankan ujian kendiri Covid-19 sebagai langkah mustahak pemulihan industri pelancongan.

Advertisement

“Saya sarankan semua perniagaan berkaitan industri pelancongan di negeri ini meningkatkan kesedaran pekerja masing-masing mengenai langkah pencegahan wabak Covid-19, sentiasa mematuhi SOP dan mengambil inisiatif manjalankan ujian saringan kendiri Covid-19 (RTK-Antigen) sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk meningkatkan keyakinan para pelancong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya keyakinan pelancong akan meningkat jika industri pelancongan bersedia dan mengambil sikap lebih proaktif serta menyesuaikan diri dengan norma “hidup bersama wabak” walaupun kerajaan tidak mewajibkan pengambilan ujian saringan kendiri.

“Negeri Johor dijangka dapat menyambut pelancong dari seluruh negara dan antarabangsa pada tahun 2022.

Advertisement

“Walaupun kerajaan belum membuka pintu sempadan negara, industri pelancongan perlu buat persiapan untuk menyambut pelancong pada masa yang akan datang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top