BM | EN | 中文

Tourism Johor anjur pertandingan fotografi sempena TMJ 2020

visit-johor-01-scaled.jpg

JOHOR BAHRU, 1 JAN : Bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2020 Harbour Celebration, Tourism Johor mengadakan pertandingan fotografi paling menarik sepanjang acara sambutan tersebut berlangsung.

Dalam satu kenyataan Tourism Johor memaklumkan pemenang bagi pertandingan tersebut akan diumumkan pada 15 Januari 2020.

Peserta dikehendaki memuatnaik gambar yang diambil ke Facebook dan mengepil (Tag) sepuluh orang rakan pada gambar tersebut dan meletakkan tanda pagar (hashtag) #visitjohor2020, #majesticjohor, #tourismjohor

“Gambar mestilah dimuatnaik sebelum jam 12 tengahari 1 Januari 2020,” menurut kenyataan Tourism Johor.

Dalam pada itu katanya, pelbagai program promosi, pengukuhan frontliner dan penyampaian informasi berkenaan Tahun Melawat Johor 2020 akan berlaku sepanjang suku pertama tahun 2020.

“Antaranya Program Mesra Malaysia bagi barisan hadapan industri pelancongan seperti anggota Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, industri perhotelan dan sebagainya.

Selain itu, laman-laman web akan turut dan media sosial akan diperkasakan bagi penyampaian maklumat berkaitan Tahun Melawat Johor 2020.

Tourism Johor juga akan bekerjasama bagi menyediakan pakej-pakej pelancongan ‘inbound’ selain beberapa program yang akan menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Johor 2020.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top