BM | EN | 中文

‘Total lockdown’ masa terbaik pulihkan alam sekitar

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Dalam keadaan negara yang berhadapan dengan ‘total lockdown’ hari ini adalah kesempatan bagi kerajaan melakukan kerja-kerja pemulihan alam sekitar di negara ini.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK), Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Rozita Abdul berkata langkah pemulihan dapat meningkatkan kualiti alam

“Inilah masanya kerajaan memulihkan semula alam sekitar kerana kurangnya pembabitan manusia. Sebagai contoh, pembersihan sungai yang menjadi punca banjir.

Advertisement

“Aktiviti manusia khususnya di kawasan kilang dan sebagainya berkurangan dan kerajaan mampu membendung perkara ini sebelum manusia memulakan aktiviti mereka kembali,” kata Rozita.

Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor berkatam kerajaan perlu memanfaatkan peluang yang ada dan menilai faktor alam sekitar sebagai keperluan untuk manusia.

“Perlu pemulihan ketika ‘total lockdown’ atau PKP untuk dijadikan peluang memulihkan alam sekitar.

Advertisement

“Kerajaan perlu segera menilai keadaan ini dan saya mencadangkan agar kerajaan memikirkannya.

“Apa yang berlaku hari ini adalah kerana kurangnya kefahaman pemimpin untuk mengendalikan alam sekitar,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top